SenangHati

11 Mac, 2007

Kebanggaan Malaysia

Difailkan di bawah: Blogroll — senanghati @ 4:37 am

“Ketahui Rahsia Bagaimana 2 Pemuda Malaysia TANPA Kemahiran Teknikal BERJAYA Membina Jaringan Perniagaan Internet Mereka Sendiri, Tanpa Modal, Dalam Hanya Beberapa Langkah Mudah”

… Juga satu-satunya peluang bertemu muka dan mendapatkan tips-tips menguntungkan yang tidak mungkin mereka dedahkan sewenang-wenangnya!

Jika ini masalah dan kebuntuan anda dalam memulakan peniagaan Internet seperti:

Tidak tahu nak jual apa & tak tahu apa yang laku di Internet

Buntu? Tidak tahu apa yang hendak diniagakan diinternet? Tidak tahu apa kehendak pengguna internet dunia? Inilah masanya untuk anda mengetahui secara live Team SaifulSham mendedahkan segala rahsia untuk mendapatkan produk yang sesuai dijual diinternet. Tahukah jua bahawa anda juga akan didedahkan bagaimana untuk menjual produk tanpa perlu menyimpan sebarang stok!

Takut tersalah cara mengikuti skim cepat kaya dan piramid online

Terlalu banyak skim dan program wang yang wujud diinternet. Tidak, Team SaifulSham tidak akan mengajar anda bagaimana menipu orang lain untuk mendapatkan wang diinternet. Anda hanya akan diajar bagaimana membuat perniagaan milik anda sendiri yang menguntungkan diiinternet. Semuanya akan ditunjukkan jelas oleh Team SaifulSham tentang bagaimana untuk mengenalpasti sesuatu skim itu adalah skim cepat kaya dan piramid online. Selepas ini, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada skim cepat kaya dan piramaid online.

Tidak tahu bagaimana caranya membina laman web dan berniaga di Internet

Anda tidak perlu bergelar pakar IT untuk membina laman web yang menarik perhatian pembeli. Tidak! Team SaifulSham akan memberikan video khas untuk ditonton anda bagaimana membina laman web yang mampu menjual dari zero knowledge! Semuanya anda boleh simpan dan bawa balik ke rumah, tonton bersama rakan niaga anda, dan terus buat perniagaan internet anda sendiri.

Malaysia atau luar negara?

Team SaifulSham akan mendedahkan rahsia mereka meraih pembeli dari seluruh pelusuk dunia. Mereka akan menunjukkan satu persatu bagaimana untuk mengendalikan pesanan yang dibuat dari seluruh dunia sehingga pesanan tersebut sampai ke tangan pembeli!

Tiada kad kredit, tiada banyak modal

Anda tidak perlu mempunyai kad kredit untuk menjalankan perniagaan internet. Anda tidak perlukan modal yang besar untuk perniagaan internet. Anda akan diajar bagaimana bermula perniagaan internet tanpa kad kredit, anda juga akan ditunjukkan rahsia bermula perniagaan internet dengan modal kosong!!

Gentarkan persaingan yang hebat dari BERJUTA laman web lain

Persaingan kadangkala membuatkan anda takut untuk mencuba. Persaingan menyebabkan anda tersalah teknik memasarkan laman web anda. Team SaifulSham akan memandu anda bagaimana untuk mengatasi pesaing anda biarpun pesaing anda seribu kali ganda lebih besar dari anda.

Sudah tahu dan sudah mempunyai perniagaan Internet tapi TIADA PEMBELI

Setelah berbulan atau bertahun membina perniagaan internet anda, anda masih tiada seorangpun pembeli. Tahniah! Anda harus berterima kasih kepada Team SaifulSham keran mereka akan memberitahu anda bagaimana untuk meraih pelawat yang bertukar kepada pembeli, tiap-tiap hari! Selepas menghadiri seminar ini, anda akan berdepan masalah baru, bagaimana untuk menguruskan pembeli yang terlalu ramai!

ANGGAP MASALAH ANDA TELAH SELESAI!

 

22 Februari, 2007

Tulang Perokok Lebih Mudah Alami Keretakan, Patah.

Difailkan di bawah: Blogroll — senanghati @ 10:18 am

Sumber – Berita Harian Online
Oleh Hafizah Iszahanid

BANYAK penyakit yang dikaitkan dengan rokok dan satu daripadanya masalah tulang rapuh atau disebut sebagai osteoporosis.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bukti kukuh yang mengaitkan penurunan kepadatan tulang disebabkan merokok dibuat berdasarkan 29 kajian yang mendapati secara kasar satu daripada lapan kes keretakan tulang membabitkan perokok.

Perokok juga hilang kepadatan tulang lebih cepat daripada orang yang tidak merokok. Risiko keretakan pinggul di kalangan perokok lebih tinggi tanpa mengira usia tetapi meningkat 17 peratus lebih tinggi pada usia 60 tahun manakala 71 peratus pada usia 80 tahun dan 108 peratus pada usia 901 tahun.

Justeru, walaupun osteoporosis sering dikaitkan sebagai masalah wanita terutama wanita yang memasuki alam putus haid, ia juga masalah lelaki.

Malah, Yayasan Osteoporosis Kebangsaan Amerika melaporkan daripada sembilan juta warganya yang berhadapan dengan osteoporosis, dua juta adalah lelaki.

Di kalangan wanita, osteoporosis terjadi kerana kekurangan hormon estrogen ketika putus haid. Estrogen diperlukan untuk mengekalkan kekuatan tulang dan kepadatannya. Hormon lelaki yang paling penting, testosterone juga diperlukan untuk kekuatan dan kepadatan tulang.

Selalunya, lelaki akan berhadapan dengan osteoporosis apabila testosterone mula menurun disebabkan penuaan atau faktor lain seperti penggunaan terapi disebabkan barah prostat.

Walaupun dianggap penyakit yang tidak mengancam nyawa, osteoporosis adalah penyakit kronik yang mengakibatkan kemerosotan tulang dan tulang mudah patah.

Berbanding lelaki, wanita memang lebih ramai berhadapan dengannya iaitu kira-kira 200 juta orang.

Faktor Osteoporosis di kalangan lelaki

  • Penyakit kronik (buah pinggang, paru-paru)
  • Penggunaan sesetengah ubat-ubatan secara berterusan
  • Penurunan hormon testosterone
  • Gaya hidup tidak sihat, merokok, meminum arak, kurang kalsium
  • Usia, lagi tua lagi berisiko
  • Bangsa, lelaki Caucasian dikatakan paling berisiko tetapi semua lelaki yang mengamalkan cara hidup tidak sihat berpotensi.

Apa yang perlu anda tahu mengenai tulang.
Tulang sebenarnya berubah secara kerap, maksudnya tulang lama digantikan dengan tu
lang baru. Ketika zaman kanak-kanak, lebih banyak tulang dihasilkan supaya rangka tubuh membesar dari segi saiz dan kekuatannya.

Oleh itu kanak-kanak lelaki selalunya lebih dari segi kiraan jisim tulang. Bagaimanapun, kiraan tulang rangka secara tipikalnya akan menurun secara perlahan-lahan kerana memberi laluan kepada pertumbuhan tulang baru.

Lelaki dalam usia 50 tahun tidak mengalami kehilangan jisim tulang yang selalunya dialami wanita ketika masuk ke alam putus haid. Pada usia antara 65 hingga 70 tahun, kadar kehilangan jisim tulang lelaki dan wanita lebih kurang sama. Malah, penyerapan kalsium dan kebanyakan nutrisi untuk kesihatan tulang juga menurun untuk kedua-duanya. Kehilangan kepadatan tulang yang berterusan menyebabkan tulang mudah rapuh dan retak.

Retak menyebabkan osteoporosis yang sering terjadi pada pinggul tulang belakang dan pergelangan tangan. Keretakan tulang pinggul sangat bahaya. Oleh itu, masalah keretakan tulang selalunya berlaku di kalangan lelaki dan wanita yang berusia. Lelaki yang berhadapan dengan keretakan tulang pinggul lebih mudah meninggal dunia kerana komplikasi berbanding wanita.

Vitamin D dan osteoporosis
Pemakanan sangat penting untuk kesihatan tulang. Vitamin D misalnya dikenal pasti berperanan dalam pengurusan osteoporosis dan meningkatkan pencegahan pada keretakan tulang.

Sebenarnya masalah kekurangan vitamin D adalah masalah seluruh dunia. Jika diambil kira daripada statistik pesakit wanita, dua daripada tiga wanita postmenopos tidak mendapat vitamin D secukupnya. Fakta itu diperoleh berdasarkan tinjauan epidemiologi 2005 yang dijalankan di Eropah, Timur Tengah, Asia, Amerika Latin dan Pinggir Pasifik.

Presiden Persatuan Osteoporosis Malaysia yang juga Pakar Perunding Endokrinologi, Prof Dr Chan Siew Pheng, berkata biasanya pesakit osteoporosis disaran mengambil vitamin D bersama ubat osteoporosis mereka tetapi kadar pematuhannya rendah.

Penemuan ini jelasnya membimbangkan kerana tidak kira rantau geografi atau latitud, tidak mendapat vitamin D secukupnya menjadi masalah kepada pesakit osteoporosis.

Keperluan terhadap vitamin D adalah mendesak kerana sebagai komponen penting dalam pengurusan osteoporosis ia berupaya membantu memperbaiki keupayaan mencegah osteoporosis yang boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk sehingga ada yang membawa maut.

Vitamin D dihasilkan terutama di dalam kulit selepas pendedahan kepada cahaya matahari dan kalsium yang diperoleh terutama daripada makanan, bertindak membina tulang yang kuat dan sihat.

Ia membantu tubuh menyerap kalsium daripada pemakanan. Kalsium adalah sejenis mineral yang membantu membina tulang dan membuatkan tulang kuat dan padat. Vitamin D bertindak sebagai kunci yang membuka pintu supaya kalsium boleh diserap ke dalam tubuh.

Risiko Perokok Hidap Bronkitis Kronik Tinggi

Difailkan di bawah: Blogroll — senanghati @ 10:12 am

Sumber Berita Harian Online
Oleh Norakmah Mat Youb

TAHUKAH anda, penyakit rintangan kronik paru-paru atau Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) adalah pembunuh utama keempat manusia di dunia? Mengikut nisbah, satu daripada lima perokok dewasa dianggarkan menghidap COPD di seluruh dunia.

COPD yang juga dikenali sebagai bronkitis kronik bermula dengan “batuk rokok”. Ia adalah gangguan pernafasan kronik yang mengakibatkan gejala sesak nafas, batuk, dan pengeluaran kahak berlebihan.

Bronkitis kronik ialah penyakit progresif yang sukar dipulihkan. Tanda penyakit itu termasuk pengeluaran mukus berlebihan dan batuk berkahak (sekurang-kurangnya tiga bulan setahun, selama dua tahun berturut-turut).

Kerengsaan berterusan saluran udara akibat asap rokok yang disedut, pencemaran udara atau bahan berbahaya lain menghasilkan mukus berlebihan dan menyebabkan penyempitan saluran udara, radang saluran udara kronik dan risiko jangkitan.

Pesakit pula mudah letih dan mengalami sesak nafas jika melakukan kerja berat pada peringkat awal. Pada peringkat lanjutan, sebarang tugas walaupun hanya ringan, semakin sukar dilakukan.

Secara umumnya, COPD disebabkan tabiat merokok. Lebih awal seseorang itu memulakan tabiat merokok dan lebih lama tempoh merokok, risiko mengalami COPD lebih tinggi dan tempoh pemulihan mengambil masa agak panjang.

Malah, pesakit COPD juga kerap mengalami masalah kesihatan lain seperti selesema dan diserang virus influenza kerana asap rokok boleh melemahkan daya ketahanan badan.

Kebanyakan yang menghidap penyakit itu di Asia ialah golongan berusia 56 tahun berbanding Eropah iaitu 60 tahun. Ini disebabkan perbezaan tabiat merokok yang mempercepatkan penyakit bronkitis kronik.

Selain itu, lebih ramai wanita di Eropah menghidapi penyakit berkenaan berbanding wanita Asia Pasifik iaitu 44 peratus berbanding 34 peratus disebabkan kadar merokok di kalangan wanita meningkat selari dengan perubahan hidup.

Sebagai langkah pencegahan, satu kajian dilakukan sebuah syarikat farmaseutikal terkemuka, Bayer Health Care mengenai penggunaan antibiotik Avelox (Moxifloxacin) di kalangan pesakit bronkitis kronik

Kaji selidik diberi nama GIANT (Greatest International Trial) ini di lakukan di 46 negara Asia dan Eropah termasuk Malaysia.

Hasil kaji selidik itu dikemukakan tiga panel pakar antarabangsa iaitu Ketua Bahagian Jagaan Pulmonari / Kritikal dari Pusat Kajian Sains Kesihatan, Universiti Texas, Professor Antonio Anzueto, Penyelidik Kanan dan Doktor Perubatan, Jabatan Pneumologi, Hospital Barcelona, Sepanyol Marc Miravitless, dan Ketua Pemasaran Antarabangsa, Bayer Health Care, Jerman, Harald Landen, pada forum rasmi yang berlangsung di Beijing, baru-baru ini.

Kajian mendapati penggunaan antibiotik ‘Averlox’ yang dikeluarkan syarikat berkenaan ke atas kira-kira 22, 756 pesakit bronkitis kronik di Asia adalah selamat dan berkesan.

Penggunaan antibiotik Avelox (Moxifloxacin) ini ternyata selamat dengan hanya satu peratus kesan sampingan pada peringkat permulaan iaitu kemungkinan timbul sedikit alahan pada kulit.

Namun secara klinikal, antibiotik ini sudah diisytihar selamat dan kadar rintangan antibiotik bertindak pada tubuh juga berada tahap maksimum untuk mencegah penyakit berkenaan.

Sebelum percubaan antibiotik itu dilakukan, sejarah perubatan pesakit selama 12 bulan diambil kira bagi memastikan segala percubaan ke atas pesakit itu berjalan seperti dirancang.

Hasilnya, 72 peratus pesakit menunjukkan peningkatan kesihatan memberangsangkan selepas tiga hari penggunaan antibiotik itu dan kira-kira 80 peratus pesakit berpuas hati dengan antibiotik Averlox berbanding terapi lain yang dijalani sebelum ini.

Nikotin Rokok Meningkat 11 Peratus Dalam Tempoh Lapan Tahun

Difailkan di bawah: Blogroll — senanghati @ 10:08 am

Sumber Berita Harian Online
PUNCA perokok sukar berhenti merokok kerana jumlah nikotin dalam setiap rokok meningkat sebanyak 11 peratus dalam tempoh lapan tahun, iaitu dari 1998 hingga 2005.

Penemuan itu dibuat selepas sekumpulan penyelidik Sekolah Kesihatan Awam, Harvard menganalisis data yang dikumpul Jabatan Kesihatan Awam (JKA) Massachusetts.

Menerusi kajian itu, JKA Massachusetts mensyaratkan setiap syarikat rokok jenama utama wajib menghantar laporan tahunan mengenai kadar nikotin dalam produk mereka sejak 1997.

Analisis kumpulan penyelidik itu kemudian mengesahkan jumlah nikotin dalam rokok sudah bertambah 11 peratus, iaitu secara purata bertambah 1.6 peratus antara 1998 hingga 2005.

Peningkatan itu berlaku pada hampir semua kategori rokok yang ada di pasaran yang membabitkan rokok mentolated atau non-mentolated atau ‘full-flavored’, light dan ‘ultralight’.

“Rokok akhirnya benar-benar menjadi racun yang direka dengan tarikan tersendiri,” kata Dekan Sekolah Kesihatan Awam, Howard Koh.

Phillip Morris, unit Altria Group Inc dan pengeluar rokok terbesar dalam kenyataan yang dihantar ke Massachusetts dari 1997 hingga 2006 mengatakan secara rawak, nikotin dalam rokok bertambah dan berkurangan secara variasi.

Nikotin dalam rokok Marlboro bagaimanapun sama pada 1998 hingga 2006, iaitu 1.86 mg untuk sebatang rokok.

R J Reynolds Tobacco Co, pengeluar Camel dan Kool dalam kenyataannya, mereka tidak mempunyai program secara sistematik untuk meningkatkan kadar nikotin dalam produknya.

Di Amerika, statistik terbaru 2005 memperlihatkan penjualan rokok di negara itu jatuh pada tahap terendah dalam tempoh 55 tahun. Ia jatuh sehingga 4.2 peratus berbanding 2004, tahun yang menyaksikan kejatuhan paling teruk sejak 1999.

Ini mungkin ada kaitan dengan perjanjian antara Kerajaan Amerika dan industri tembakau yang mengkehendaki syarikat rokok menyelesaikan tuntutan guaman bagi merawat penyakit berkaitan rokok.

Pengarah Sekolah Kesihatan Awam Harvard dan Program Penyelidikan Kawalan Tembakau, Gregory Connolly, berkata syarikat tembakau gagal untuk memberi amaran kepada pengguna mengenai peningkatan tahap nikotin sejak perjanjian 1998 itu.

Syarikat pengeluar rokok utama yang menandatangani perjanjian itu ialah Philip Morris, R J Reynolds Tobacco Holdings Inc, British American Tobacco dan Lorillard.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika menganggap merokok adalah penyebab kematian yang boleh dicegah. Kira-kira 440,000 warganya meninggal dunia setiap tahun disebabkan barah paru-paru dan lain-lain penyakit berkaitan rokok.

Laman Berikutnya »

Blog di WordPress.com.